Risikan Terakhir
>> Saturday, February 6, 2010
tidak berpegang kepada janji?? agak larh.. sebab kata nyer nak update setiap hari tapi dah lebig semunggu baru nak update... alamak... ada ciri2 munafik niyh... tapi bukan sengaja... jadual harianku sangat penuh dengan aktiviti sekolah dan tuisyen menyebabkan tiada masa untuk menulis blog langsung...
aktiviti pertama selepas post yang lepas ialah majlis merisik untuk abang aku dekat batu pahat, johor... pagi tuh.. masing2 dah bangun lambat lagi2 orang yang nak merisik tuh kan... kitorang bertolak pukul 8 lebih larh.. 6 orang dalam perdana dowh.. sebab pengembaraan kitorang akan turut disertai oleh kakak aku yang telah berjanji untuk berjumpa di R&R seremban... sarapan di seremban sangatlah tidak sedap... sandwich tuna nyer sangat yucks dan hot chocolate nyer rase seperti milo.. membqzir duit jer.. baik x payah makan...
kami meneruskan perjalanan... aku menaiki kereta bersama dua orang abangku dan kakak iparku manakala ibu bapaku menaiki kereta bersama kakakku dan keluarganya... aku tidur sepanjang perjalanan dari seremban ke johor dan abangku telah berjaya merakamkan gambar aku tidur dan mengugut untuk meletakkannya dalam facebook.. cis... menyesal tidur... salah satu peristiwa menarik yang aku dapat lihat sepanjang perjalanan ialah ada seekor lembu yang tersekat di bawah sebuah lori... kesian sangat dekat lembu tuh sebab dia x boleh bergerak and hidung dia dah berdarah... hampir nak menangis sebab lembu tuh...
kami tiba di rumah bakal kakak iparku selepas jam 1 tengah hari... makan tengah hari yang disediakan tidak dapat dinafikan kesedapannya.. pada mulanya ingatkan rasa sedap disebabkan perutku yang memang lapar... namun setelah semua orang memberi komen yang sama... memang sah larh kan.. sewaktu mereka semua sedang berbincang tentang hal itu dan hal ini.. aku mendapat mesej yang tertulis "Woit!"... dan senyum di bibirku mula terukir tatkala membaca nama pengirimnya... itulah dia... izzatul nazihah bt yahya... dia balik untuk satu hari sahaja... dah sebulan tak jumpa dia... sungguh pantas masa berlalu... banyak perkara yang kami borakkan...
kemudian, kami semua bergerak menuju ke Ayer Hitam alang-alang sudah sampai di Johor... sewaktu dalam perjalanan... aku ternamapak pertunjukan dirft yang diadakan di BP Mall... cool giler... tapi tidak boleh berhenti kerana sedang mengejar masa... dan aku meneruskan aktiviti kegemaranku sekiranya berjalan jauh.. iaitu tidur... di Ayer Hitam... aku membeli kerepek pisang untuk dikongsi bersama rakan-rakanku... dan selipar untuk dipakai dalam rumah...
setelah puas berjalan.... kami mula bergerak pulang ke rumah... kami sampai di Klang selepas maghrib dan terus ke Jusco Bukit Tinggi untuk meraikan b'day mak aku dan abang iparku... kami menikmati makan malam di Windmills... mutton dia memang sedap giler~~~
Read more...